Monday, April 27, 2009

hai....nasi goreng,...

hehehe..arini aku masak nasi goreng...ni baru je sudah masak...
selama aku hidup 21 tahun 7 bulan ni kali ke2 aku masak makanan untuk ramai orang (maksudnya lebih pada 1-2 pun kira ramai perr)
dulu aku masak kueh teow goreng..agak fail gak laa...
maklumlaa time tu skolah rendah darjah 5 kot..kat sekolah ader subjek kemahiran hidup..ader laa kene masak2..excitedpunya pasal baru blaja masakkan...aku try masak kat umah...
dah masak tu aku tengok naper kueh teow aku hitam semcam...disebabkan kehitamannye..dia tgh didiskriminasikan oleh keluarga ku...dari saat itu..aku sedih dan tak masak dah untuk sapa..
arini,aku dah start cuti semester...parents aku lak kuar...tinggal nenek n abg sham...
mama cal aku n minta aku masak nasi goreng untuk mereka..terkejut aku...
sebab
sekian lamaaaaaa...terpisaaaahhhhhh...akkhirnya bertemuuu dengannn periukkk...huhuhu
so..aku kata ok je laah...memandangkan pengkritik yang hebat2 (seperti mama,papa n hafidz) tak der..huhuh....so..pas mandi aku turun bawah n mula mengeluarkan barang2...
aku pun menumbuk bawang2 (kononnya nak jadi perempuan melayu terakhirlaaa-ala2 anak dara kampung)pastu aku tumbuk ikan bilis,cili api...semua campur skali...pastu aku tgk...naper macam pelik je ramuan aku ni...aku cal bf aku(nak cal mama tak brani...nanti bebel lak)..cal2 dia pun bebel gak...mentang2 dia terer memasak...susah tol klo rapat ngan laki yg pandai masak ni(kritikan mereka lagi hebat-macam chef wan)..so...aku jadikan bf aku sebagai cikgu aku...memandangkan ader cikgu di samping tak laa salah aku masak...tu masakan aku arini menjadi...huhuh..

sedaappppppp o.....

Sunday, April 26, 2009

Dapat Fulus DengAn cara mudah

ni bukan skim aper2 yer!!!hahaha



seperti aku cerita aritu...aku ader banyak arnab

sekarang aku ader 2 bapak,2 ibu,2 anak,3 baby.(nie baru arnab belum kucing g)

em...korang taw tak arnab ni cepat sangat beranaknya...

mereka akan branak sebulan skali(tu pun klo bagi meka layan nafsu laa..klo tak mcam ne nak bentuk anak kan)

aper g...pas minggu ke5 macam tu baby2 tu dah pandai berdikari..time tu boleh laa jual kat kedai...

sekarang ramai orang suka beli arnab sbb arnab tak buat bising...huhu

tapi.....

kene ingat!!!

rabbit ni cepat mati n berpenyakit!!!
tapi suma tu leh elak..senang je.

ini ikut pengalaman aku membela arnab 2 tahun..

arnab aku hidup agak lama ni...setahun lebih..

jenis2 penyakit n cara ubati mereka..

  1. kudis kaki...ini slalu jadi bile arnab dikurung dalam sangkar..sangkar tu kene laa tak berlubang...klo arnab2 liar mana ader masalah kudis..sbb meka duk atas tanah yg rata..
  2. luka di badan.. slalu disebabkan bergaduh ngan partner mereka..tu normal je...tak yah riso sangat.
  3. kudis kat badan..ni mungkin disebabkan binatang2 lain yang dekat ngan mereka..badan mereka agak sensetif
  4. serangan jantung..em..arnab memang senang takut..so..kita kene buli dia dari kecik...biasa kan pegang dia,..klo aku,aku suka pukul,keja mereka...las2 aku yg penat..dah laa meka laju..tapk paa..leh kuruskan badan.hahahah
  5. aku tak taw dah...tanya laa aku..huhuh

Merdeka yeyy!!

seperti tajuk di atas..aku merdeka...hahhaha
otak aku leh relax dari blajar...
aku ngat nak keje kat audit firm r...
tapi... macam akan susah je nanti..
bulan ni aku kene training...
ader MASUM kat UUM
ni..member kata mungkin pertronas nak wat kontrak dgn seorang player bowling...
aku dah pesan dia bagi nama aku...
aku harap sangat dapat klo betul2 ader...
klo dapat...emm...tak bosan sangat cuti ni..
leh aku fit kan badan aku balik...huuhu
klo dapat aku nak potong rambut aku bagi pendek..
selesa n kemas ckit...klo rambut panjang kene jaga lak...leceh tol..
dah laa cuti ni aku kene jadi bibik sepenuh masa kat umah..
waahhh..sonok laa mak aku..dia tak payah wat keje banyak...aku dah ader..
aku pun geram tgk mak aku wat keje...tak systematic tol...tak macam aku langsung...huhuhu
tadi dah settle baju2 berlambak mak aku tinggal kat bilik bawah..alaa..bukan lama mana pun nak lipat n simpan baju...time aku buat keje dulu tak der pun bilik bawah tu sepah...
emm...tak pelah..reda je..maklum laa...dari kecik g mak aku ader maid...tak penah wat keje banyak2...
aku tak kisah nak wat keje...tapi jgn suh aku wat keje bila aku dah start study...wat keje umah meletihkan..umah ni dah laa besar...aku dah laa study lambat gile nak pick up..banyak tenaga n mental nak guna..ble wat keje tak study laa jawabnya,....

sok nak jual surat kabo and sampah yg boleh kitar semula..
leh dapat duit...boleh blanja anak2 aku makan.ni baby2 aku nak besar dah..cukup time nanti leh jual...aritu dah jual 5 ekor..dapat laa 4ekor rm15 seekor rm20..murah gile meka amik..meka jual kat pembeli seekor rm65..3x ganda..geram tol...tapi ape nak wat..dari bela banyak2 abis fulus aku beli makanan meka..huhuh....aku nak tanya kedai2 lain lak laa...meka nak beli tak...aku nak cuba jual seekor RM40 lak..arnab aku cantik2 punya...tak main yg biasa2 tu..

ah...dah laaa. nex time aku cerita lain pasal arnab aku...chow

Saturday, April 25, 2009

LaiN PulaK PapAku

kalau ibuku
dia hanya menungguku kerana dia nak aku buat kerja
lain pulak papaku
dia menunggu aku kerana dia betul2 rindukan aku n nak bersama aku

kalau ibuku,
dia hanya menunggu aku pulang bila hari malam kerana nak aku buat kerja
lain pulak papaku,
papa akan telefon n dalam perbualan kami hanya ader unsur2 kerisauan dalam nada dia
kerja rumah papa yang banyak buat..papa lagi penat..tapi tak pernah nak aku balik semata2 nak aku buat kerja

kalau ibuku,
dia biarkan aku jaga diri sendiri ketika aku tidak sihat
lain pulak papaku,
papa akan datang cek aku samada aku ok ke tak
papa akan ingatkan aku makan ubat n kadang2 siap sediakan ubat untuk makan walaupun aku demam tak teruk sangat

kalau ibuku,
bila aku tiada duit langsung dia tak bagi duit langsung
lain pulak papaku
bila aku tiada duit papa akan bagi..bila ader duit pun dia akan bagi walaupun aku tak minta.

kalau ibuku,
dia tak dapat merasakan aku bersedih
tetapi tidak papaku,
bila diriku berada dalam kesedihan papa akan sentiasa berada disampingku walaupun aku belum bersedia nak luahkan..tetapi dia sentiasa perasan.

kalau ibuku,
dia tak dapat mengenalpasti perubahan dalam diriku,
lain pulak papaku,
bila aku tension papa orang pertama akan perasan walaupun dia tak cakap atau bertanya apa2
camner aku tahu?
selalunya papa akan minta aku wat sesuatu,tetapi bila aku tension papa biarkan aku bersendirian.
beberapa ari kemudian aku akan cerita semua tension aku kat papa..

kalau ibuku,
dia tak pernah bagi sokongan ataupun menasihati aku dengan cara yang baik bila aku mencerita masalahku..
salah haribulan dia marah aku
lain pulak papaku,
bila aku mencerita masalahku, papa menjadi pendengar setia,
papa mendengar dulu, bila aku dah abis cerita baru papa bagitaw aku punca n cari menyelesai masalahku dengan cara yg menyenangkan perasaanku.

tidakkah begitu ketara skali layanan yang aku dapat dari ibuku,

Allah mengatakan syurga dibawah tapak kaki ibu
itu yang buat aku cukup risau
kerana walaupun aku tidak mencaci ibuku didepannya
namun dalam hati ini ada sahaja perasaan yang tidak enak.
aku manusia biasa, bukan malaikat

aku harap aku kahwin cepat
dah kahwin syurga di bawah tapak kaki suami sepenuhnya
insyaallah aku dijodohkan dengan lelaki seperti papaku.
minta2 sangat bila dah kahwin tak der ikatan yang tak menyenangkan seperti yang aku lalui skrang..
amin....

TeTapi BuKaN IbuKu

selalunya seorang ibu menunggu anak pulang kerana rindu
tetapi tidak ibuku
ibuku hanya menungguku kerana dia nak aku buat kerja
tetapi kalo abangku lain benar sikapnya

selalunya seorang ibu menunggu anak pulang bila hari malam kerana bimbang keselamatan anaknya..
tetapi tidak ibuku
ibuku hanya menungguku kerana dia nak aku wat keje kerana dia penat.
tetapi klo abangku lain..ibuku cukup risau anak2 lelaki dia.

selalunya seorang ibu akan bertanya kesihatan anaknya..
tetapi tidak ibuku
dia suruh jaga diri sendiri
tidak pulak kat abang2 aku
demam tak teruk pun ajak pergi klinik
klo aku, tak pernahnya diajak.


selalunya seorang ibu menberi wang saku ketika anak tiada duit langsung..
tetapi tidak ibuku
ibuku suruh aku cari duit sendiri
tetapi tidak pulak kepada abang2ku
mereka minta duit mereka dapat..

selalunya seorang ibu dapat merasakan anaknya bersedih..
tetapi tidak ibuku
tidak pernah sesekali dalam hidupku, ibuku mengubati kesedihan di hatiku

selalunya seorang ibu dapat mengenalpasti perubahan dalam diri anaknya
tetapi tidak ibuku
pernah aku tension 1 minggu gara2 study,nenek n kerja2 rumah..ibuku tak perasan n menambahkan tension aku...

selalunya seorang ibu akan memberi sokongan ataupun menasihati anaknya bila anaknya mencerita masalahnya
tetapi tidak ibuku
ada saja alasan dan kritikan yg sentiasa menguris perasaan aku

Friday, April 24, 2009

Hati ini sakit

aku sedih hidup dgn dia..
bukan tidak mensyukuri dikurniakan si dia di dalam hidup..
aku tahu. di lubuk hati dia..diriku hanya 30%.
aku tidak tahu di mana salahku.
berbanding mereka yang lain aku lebih membantu.
kenapa aku dilayan sebegini sekali.
apabila aku tak memberitahu plan aku, dia akan terasa.
tetapi bila aku bagitahu ada saja alasan dia untuk menghalang keinginan aku yang bukan mudah aku dapat.
jgn lah kerana kehidupan dia dulu begitu dia mahu aku jadi macam dia.
aku tak mahu langsung jadi macam dirinya.
aku tak mahu dia menjadi contoh kpada diriku.
di mata dan hatiku aku tak dapat rasa chemistry antara kami..
dia amat jauh dari hatiku. dirinya hanya seperti kawan2 aku yang biasa.
dosakah aku berperasaan begini. bertahun2 aku hidup dengannya namun aku tak rasa seperti aku ini milik dia dari azali lagi.mengapa?
aku tak suka berperasaan begini.
aku tak suka mencaci di dalam hati..
aku harap sangat dapat hidup dengan suami aku nanti dengan aman.
aku nak anak aku hidup lain dari cara hidupnya.
maafkan Lina,mama...