Saturday, October 24, 2009

kawanku kene SANTAU

Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

kali ini aku nak citer ttg kawan aku kene santau..(kta bagi nama Mamat)
mamat kene santau sbb ex-gf dia nk dikebas org..laki tu kire tak gentlemen la kebas cara santau..
bahaya tol santau ni..tapi aper yg aku taw..kwn aku ni tak la kene serius sangat..(seseorg yg memberitahu aku-kita bagi nama dia MINAH ye)
tapi byk bomoh kata sakit mamat ni serius...tunggu ajal jer..
Minah lak kata mereka suma (bomoh) ni tipu...sajer nk menakut2kan kwan aku utk dapatkan duit dia..
yelah kerana terdesak kawan aku penah kene tipu...
bomoh tu jual minyak yg kononnya dapat mengurangkan sakit..padahal minyak masak biasa jer..abis beribu gak...
aritu masa aku bersukan aku jumpa laa mamat ni...dulu kami agak rapat..
so kami g karaoke dgn 2 kawan dia..
masa tu aku dah taw dia nye penyakit ni..dan biasalaa aku ni jenis prihatin..suka bertanya..aku bertanya laa kisah hidup dia n nasihat dia supaya pk positif aper..
nk jadikan citer.. masa aku tgh karok tu (dalam bilik kan) tiba2 aku rasa telinga aku macam ader sesuatu mengacau..aku ngat ker rambut la kan..rambut masuk telinga...tapi dalam masa yg sama aku rasa mcm benda santau tu mcm kacau aku ckit..
so aku baca laa ayat kursi..beberapa kali gak laa aku terlupa ayat...tapi aku cuba sampai berjaya.. ble dah baca ati aku lega ckit dan aku teruskan pk positif..
pas karok tu kami balik umah masing2.semenjak ari tu aku pun sentiasa tanyakan khabar sbb aku ni pentingkan kawan(klo kawan susah masa tu aku akan temankan,tapi ble kawan senang aku akan biarkan dia pergi-itu cara aku)..
so aku dgr la citer dia g berubat sini sana..
semenjak rapat ngan dia balik, telinga aku rasa mcm ader sesuatu jer...tapi aku malas pk negatif...aku hanya gosok2 jer laa..
lepas beberapa ari, aku bercerita ttg mamat ni kpd Minah..
rupa2nya Minah ni agak berilmu gak laa dalam bidang ni...
biasalaa org kampung yg tak g skolah...mereka ader ilmu sendiri...
Minah cerita kat aku latar belakang santau ni...dan cara mengubatinya.
so minah kata ader cara utk mengubati sakit itu..dan hanya mamat sendiri yg dapat mengubati penyakit itu..
minah bagi doa2 tu kat aku n aku paskan kt mamat..masa aku tunjuk msg doa tu depan dia, terangkat gak laa bulu roma dia...aku citer kat minah..minah kata setan tu agk takut dgn doa itu sbb doa tu kuat.. alaa doa tu bukan laa susah..hanya kesanggupan nk melalukan jer..
perkara2 kene wat:
1.kene sembahyang,
2.baca bebrapa surah terpilih dalam al-quran,
3.doa hapuskan dan
4.berpuasa....
mesti ader pantang2 ckit laa..maklumlaa...setan ni suka semua benda....so kta tak bolehlaa bagi dia selesa sgt...kene laaa berpuasa..ye kan...sesungguhnya berpuasa dapat menjauhkan diri dari melalukan perkara2 yg tak baik..itu logicnya...surah lak terpilih sbb surah ni ada maksudnya tersendiriii...sembahyang ni ye laa...kta nk apa2 kene minta keredaan ALLAH..dia yg memberi dan dia yg mengambil...
so pas aritu (hari yg aku bagi doa) aku agak susah nk contact dia...
dia agak sibuk ke sini sana..
tah aper dia wat.. aku pk mungkin benda itu tak nak aku berada berdekatan dgn mamat..
semenjak kurang jumpa benda geli yg kat telinga aku berkurangan ckit..
so arini..aku berciter lagi pada minah..dan bagitaw dia yg telinga aku gatal semenjak jumpa mamat tu..
pas dia kata benda tu nk cuba kacau aku..dia hantar CENGKERIK ke telinga aku utk masuk ke dalam ku..aduh...berani tol benda ni kan.. so minah bagi doa kat aku utk baca n amalkan..n aku pun akan amalkan..
sok malam mamat kene mula berpuasa..kta tgk sama ader dia buat ker tak...sbb nmpak gaya benda tu mmg nk aku jauh dari dia (maklumlaa aku yg bagi doa supaya kuarkan benda tu..)
aku pun malas nk dekat laa klo dia nk kaco aku..sbb aku tak bersalah...tak der kene mengena ngan aku...